2017

Pada 9 Disember 2017, Kelab Sahabat 1Malaysia telah menganjurkan Program Secretary Table Talk yang diadakan di Dewan Kuliah 6, B2, UTHM.
Pelbagai slot dan pengisian berguna serta bermanfaat seperti Pengukuhan Kertas Kerja telah dikongsikan kepada para peserta yang terdiri daripada ahli jawatankuasa KS1M dan Perwakilan Anak Negeri bagi memberi pendedahan terhadap atur gerak kerja dalam melaksanakan sesebuah program yang berimpak tinggi.










Kelab Sahabat 1 Malaysia UTHM (KS1M) ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. "Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara"
Semoga kita semua sentiasa meningkatkan kecintaan serta menghayati Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.
Rasulullah bersabda: "Barang siapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka ALLAH berselawat kepadanya 10 kali selawat dan ALLAH menghapuskan 10 kesalahan(dosa) dan mengangkat 10 darjat kepadanya." (Riwayat Ahmad, Nasai, dan Al Hakim)


Pada 29 dan 30 November Kelab Sahabat 1 Malaysia telah menganjurkan Festival 1 Malaysia yang diadakan di Dewan Tunku Mahkota Ismail (DTMI).
Pelbagai aktiviti telah dianjurkan seperti Kaunter Pendaftaran Perniagaan SSM (1 Plejar, 1 Perniagaan), Kempen Derma Darah, Diskusi bersama Pusat C-BER UTHM( Route to be an Entrepreneur) serta Vendor Jualan.







Add caption





Buat julung kalinya, Kelab Sahabat 1 Malaysia (KS1M) akan menganjurkan satu karnival keusahawanan dan karnival sukan di dalam 1 festival yang sama iaitu FESTIVAL 1 MALAYSIA.🇲🇾🇲🇾
Antara aktiviti dan program yang menarik adalah
🔴 Kaunter pendaftaran perniagaan SSM secara PERCUMA
🔴 Gerai jualan PERCUMA kepada pelajar UTHM
🔴 Diskusi bersama Pusat Cyber UTHM mengenai peluang berniaga khas untuk pelajar
🔴 Pertandingan futsal antara Kelab dan Persatuan UTHM
🔴 Derma darah
FESTIVAL 1 MALAYSIA akan diadakan pada tetapan berikut :
Tarikh : 29-30 Nov & 1-2 Dis 2017 (Rabu - Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Dataran Terbuka & Dewan Tunku Mahkota Ismail (DTMI)
JOM RAMAI-RAMAI DATANG KE FESTIVAL 1 MALAYSIA !!!
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Aisyah - 0136600189
Wina - 0126936965


Alhamdulilah, syukur ke hadrat Illahi. Hari ini KS1M telah bersama-sama menjayakan satu lagi program iaitu Program Delegrasi ke Selatan (UMT dan UTHM) yang dianjurkan oleh Majlis Mahasiswa Anak-Anak Pahang (MAMPAN) dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Antara pengisian program yang melibatkan seramai 74 siswa dan siswi UMT ini termasuklah Sesi Taklimat Pengenalan UTHM dan juga Aktiviti Sukaneka yang sepenuhnya diuruskan oleh Kelab Sahabat 1 Malaysia UTHM.
Semoga dengan kejayaan program ini dapat memberi dorongan dan pengajaran dalam melaksanakan program-program yang berimpak tinggi pada masa akan datang.


Dukacita dimaklumkan bahawa Tuan Pengarah, Pejabat Hubungan Universiti dan Masyarakat, UTHM, Encik Abd Hamid Bin Yusof telah kembali ke rahmatullah pada 18 Oktober 2017 (Sabtu). Pihak Kelab Sahabat 1Malaysia UTHM dan pihak UTHM merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga beliau dan semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Al-Fatihah.





Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia Nya berjumpa lagi pada tahun 2017.
Matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 amat bergantung kepada keupayaan dan kesungguhan para pendidik dalam menyampaikan ilmu secara berkualiti.
Hasrat dan aspirasi negara untuk mencapai negara maju mengikut acuan sendiri memerlukan rakyat yang berkemahiran tinggi dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Oleh yang demikian Transformasi Pendidikan amat perlu dilaksanakan agar sistem pendidikan kita terus relevan dengan keperluan negara dan antarabangsa.
Kelab Sahabat 1 Malaysia UTHM merupakan salah satu kelab yang diasaskan di UTHM untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat.
Dengan adanya laman web ini saya berharap agar dapat dimanfaatkan ke arah peningkatan tahap profesionalisme yang tinggi dan berkualiti serta bertindak ke arah membantu meningkatkan prestasi  mahasiswa khususnya UTHM dalam semua aspek.
Sekian, terima kasih.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Theme images by tomograf. Powered by Blogger.