Kelab Sahabat 1 Malaysia UTHM
Hari Ini dalam Sejarah
8 Jun 2010 - Perjumpaan Tiga Sahabat Mohd Fadzil bin Abdul Hanid, Agilarajan a/l Selvarajah & Poong Yew Yang membincangkan mengenai perpaduan di kampus, di Mamak Al-Azhar, Parit Raja. Hasil perbincangan maka konklusi di ambil untuk menubuhkan Kelab Sahabat 1 Malaysia yang bermatlamat untuk perpaduan antara kaum di kampus UTHM sekaligus menyahut cabaran Gagasan 1 Malaysia.
21 Jun 2010 - Mesyuarat Pertama Pelantikan Jawatankuasa Penaja Kelab Sahabat 1 Malaysia, di bilik Gerakan MPP. Yang di hadiri oleh Sdr. Mohd Fadzil bin Abdul Hanid, Sdr. Mazni bin Saarif, Sdr. Pua Tiong Eng, Sdr. Nik Muhd Afnan B. Nik Muhd Afandi, Sdr. Poong Yew Yang, Sdr. Agilarajan a/l Selvarajah, Sdr. Andreas Albert Anak Raniah ,Sdr. Fauzul Asrar b. Osman,Sdri. Nur Kamilah Binti Yusuf , Sdr. Haniz B. Mohd Zainal Abidin, Sdri. Tan Mee Ting, Sdri. Nur Syameera binti Zainal
22 Jun 2010 - Draf Pertama Kertas Kerja Penubuhan Kelab dirangka di Blok G4B,006, Kolej Kediaman Tun. Dr. Ismail, UTHM.
28 Jun 2010 - Kertas Kerja Yang siap di hantar ke Pejabat Hal Ehwal Pelajar untuk kelulusan perlembagaan Kelab.
28 Julai 2010 - Mesyuarat Eksekutif Universiti meluluskan penubuhan Kelab Sahabat 1 Malaysia UTHM.
Kelab Sahabat 1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan dan peranan yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita – di sebalik segala perbezaan kita – berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami.